Berita Harian: Gagasan Solar jana RM200 juta bantu PKS

KUALA LUMPUR: Dana solar pertama di Malaysia yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), Gagasan Solar, akan menjana RM200 juta bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana mendapat akses lebih besar kepada tenaga solar.

Rakan Urusan Gagasan Solar, Joshep Lee, berkata bagi komuniti komuniti perniagaan, tenaga solar adalah peluang untuk mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik keseluruhan dan lebihannya boleh diperuntukkan kepada bahagian lain yang lebih cekap dari segi modal.

"Daripada perspektif alam sekitar, tenaga solar menawarkan impak segera dan positif langsung dengan mengurangkan pelepasan karbon.

"Kemajuan dan inovasi teknologi tidak menunggu sesiapa, justeru adalah penting bahawa Malaysia mempercepatkan usaha untuk mengembangkan penggunaan tenaga solar supaya ia menjadi lebih mudah diakses di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Thinkat PE, salah satu daripada 17 sistem kawalan dan pemantau alam sekitar serta tenaga yang berdaftar dengan SC di negara ini, dilantik untuk menguruskan dana yang dijana menerusi Gagasan Solar.

Menurut kenyataan itu, satu kaji selidik yang dibuat oleh Gagasan Solar menunjukkan bahawa potensi pendapatan pasaran Malaysia bagi tenaga solar komersial dan perindustrian adalah RM25 bilion setahun.

Ia menunjukkan satu peluang besar bagi pertumbuhan selanjutnya dalam tenaga solar dari sudut penggunaan dan pelaburan.

-BERNAMA

Sonder Studio

An intentional, modern design studio for artisans, creatives and business owners who build meaningful brands.

https://sonderstudioco.com/
Previous
Previous

SME Magazine Asia: RM200 Million to Enhance Solar Energy Accessibility to SMEs

Next
Next

The Sun: Gagasan Solar to raise RM200m to make solar energy more accessible